www.mklcrimedesk.com

PUSARAN AIR PUNCA 6 ANGGOTA BOMBA LEMAS

Serdang - 4/10/2018

Hujan lebat dan air deras sehingga membentuk pusaran air dipercayai menjadi punca enam anggota bomba mati lemas ketika operasi mencari dan menyelamat remaja 17 tahun di lombong Taman Putra Perdana, Puchong malam tadi.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohammad Hamdan Wahid berkata, keenam-enam anggota bomba yang maut dari Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Selangor telah menjalankan operasi mengikut prosedur.


Sejurus tiba, mereka turun untuk mencari mangsa yang dikhuatiri lemas bersama peralatan khas.

Bagaimanapun, mereka termasuk ke dalam pusaran air yang sangat deras akibat hujan lebat.


“Anggota bomba yang lain berjaya membawa mereka naik dan memberikan bantuan pernafasan namun mereka disahkan meninggal dunia,”

Beliau ditemui di Unit Forensik Hospital Serdang.

Mohammad Hamdan memberitahu, tragedi ini kali pertama berlaku melibatkan jumlah anggota yang banyak dan menjadi satu kehilangan besar dalam JBPM.



Jelasnya pihaknya akan  membuat siasatan dalaman bagi mengenal pasti langkah-langkah pencegahan supaya kejadian sama tidak berlaku lagi di masa akan datang.

Tambah Hamdan, jenazah anggota bomba yang terkorban akan dibawa ke balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam selepas proses bedah siasat tamat untuk penghormatan terakhir dan solat jenazah sebelum dikebumikan di kampung halaman masing-masing.

Sebelum kejadian, pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.19 petang mengenai seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dikhuatiri lemas selepas tergelincir dan terjatuh ke dalam lombong berkenaan ketika memancing bersama dua lagi rakannya.

Ekoran daripada itu, Unit PPDA Selangor yang pakar dalam situasi penyelamatan di air dipanggil bagi membantu operasi mencari dan menyelamat.
PUSARAN AIR PUNCA 6 ANGGOTA BOMBA LEMAS PUSARAN AIR PUNCA 6 ANGGOTA BOMBA LEMAS Reviewed by Metronews on 7:42 AM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.