www.mklcrimedesk.com

4 ANGGOTA POLIS DITAHAN BANTU SIASATAN RAMPASAN DADAH

Kajang - 26/11/2018

Empat anggota polis antara 9 yang ditangkap disyaki ahli sidiket makmal dadah haram yang digempur di Kawasan Perindustrian Hi Tech 5, Semenyih, Kajang pada Rabu lalu.


Dalam serbuan itu polis berjaya merampas dadah jenis syabu bernilai RM3.55 juta.

Serbuan dan Risikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor bersama JSJN Bukit Aman dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Kajang itu, turut merampas cecair minyak syabu seberat 174 kilogram yang dianggarkan boleh menghasilkan 70kg syabu.


Lima mesin dan peralatan makmal untuk memproses dadah dan dua buah kereta dan sebuah lori disita selain wang tunai berjumlah RM105,500.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata sembilan lelaki terbabit berusia 27 hingga 51 tahun ini bergiat aktif dalam sindiket sejak setahun dan kemungkinan besar untuk diedar ke pasaran dalam dan luar negara.


Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
4 ANGGOTA POLIS DITAHAN BANTU SIASATAN RAMPASAN DADAH 4 ANGGOTA POLIS DITAHAN BANTU SIASATAN RAMPASAN DADAH Reviewed by Metronews on 6:42 PM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.