www.mklcrimedesk.com

5 LELAKI DITAHAN SINDIKET JUDI ONLINE TUMPAS

Kuala Lumpur - 7/11/2018

Polis tumpaskan pusat Judi Online atau Calling Center dengan penahahan 5 lelaki tempatan di sebuah pangsapuri dekat Jalan Klang Lama pada jumaat lalu.

Kesemua individu ditangkap
ketika beroperasi mengumpan mangsa menggunakan beberapa sistem pesanan ringkas sehingga menerima pertaruhan lebih 3.36 juta ringgit sebulan.


Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata.. Kegiatan sindiket yang aktif sejak setahun lalu dikesan berdasarkan  maklumat dan risikan unit IT Forensik Bukit Aman dan jabatan siasatan jenayah IPD Brickfields.

Suspek berusia 22 hingga 28 tahun termasuk pengurus, penjaga mahupun pekerja.


Mereka didapati mempunyai 20 ribu pemain dalam talian yang berdaftar.

Dalam serbuan itu polis merampas 14 set komputer,  42 telefon bimbit, 40 simkad dan beberapa peralatan komunikasi perjudian.



Kes disiasat mengikut seksyen 4 (1) (c) akta pertaruhan 1953.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada 20 ribu ringgit dan tidak lebih daripada 200 ribu ringgit serta boleh dipenjara tidak lebih lima tahun.
5 LELAKI DITAHAN SINDIKET JUDI ONLINE TUMPAS 5 LELAKI DITAHAN SINDIKET JUDI ONLINE TUMPAS Reviewed by Metronews on 3:08 PM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.