ANGGOTA POLIS CEDERA DITEMBAK

Kuala Lumpur - 20/11/2018

Anggota polis yang cedera akibat terkena tembakan di bahagian kaki dalam kejadian samun kedai emas di
sebuah pasar raya di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur petang tadi berada dalam keadaan stabil.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata pembedahan akan dilakukan esok bagi mengeluarkan peluru di kaki anggota berpangkat koperal itu.

Bagaimanapun beliau mengesahkan anggota berusia 37 tahun dalam keadaan baik.


Anggota polis dari bahagian jenayah berat D9 Jabatan Siasatan Jenayah Selangor.  yang cedera itu kini menerima rawatan Pusat Perubatan Universiti Malaya PPUM.
ANGGOTA POLIS CEDERA DITEMBAK ANGGOTA POLIS CEDERA DITEMBAK Reviewed by Metronews on 12:56 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.