CALON SPM MEREMPIT DITANGKAP

Kuala Lumpur - 19/11/2018

Berlagak hebat di jalanan dengan melakukan aksi willie dan menunggang secara merbahaya di sekitar Dataran Merdeka membawa padah apabila samseng jalanan ini ditangkap.


Tindakan tidak bermoral itu dilakukan seorang calon sijil pelajaran malaysia SPM bersama 3 remaja lain dalam ops samseng jalanan malam tadi.

Operasi diketuai 9 anggota Unit Risikan Operasi Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur diketuai ASP Ahmad Fuad Mahmod itu bermula jam 11 malam hingga 2.30 pagi.


Operasi bermula dengan pemantauan berterusan di sekitar ibu kota itu.

11 Saman dikeluarkan atas kesalahan tiada lesen memandu, ubah suai ekzos dan tiada cermin sisi.

Ketua Jabatan itu Asisten Supritendan Zulkifli Yahya berkata remaja yang ditahan termasuk seorang dari warga Pakistan berusia 17 hingga 25 tahun.


Kesemua mereka disiasat mengikut seksyen 42 akta pengangkutan jalan 1987.
CALON SPM MEREMPIT DITANGKAP CALON SPM MEREMPIT DITANGKAP Reviewed by Metronews on 9:14 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.