TEMBAK MENEMBAK ANTARA PENYAMUN DAN POLIS

Kuala Lumpur - 20/11/2018

Tindakan pantas polis menumpaskan 5 penjenayah dan seorang lagi berjaya ditangkap selepas menyamun sebuah kedai emas di dalam pasaraya di Kuchai Lama ibu negara.... Ia adalah hasil aduan orang awam.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kehadiran suspek yang mencurigakan di lokasi kejadian.

Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis dari Bahagian Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor yang berada berhampiran lokasi bergegas ke pasar raya berkenan.


Empat suspek melepaskan tembakan ke arah polis menggunakan dua pistol.

Tembakan balas demi mempertahankan diri dan orang awam terpaksa dilepaskan dan mengakibatkan keempat empat suspek maut di pintu masuk pasaraya berkenaan.


Seorang suspek maut ditembak dalam kenderaan Mercedes ketika melarikan diri kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian.

Kesemua barang kemas yang dirompak suspek ditemui semula.

Polis merampas dua pucuk pistol, sebilah kapak dan sebilah parang serta dua kereta jenis Mercedes dan Perodua Myvi.


Jelasnya identiti kumpulan dan pembabitan kumpulan berkenaan masih dalam siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
TEMBAK MENEMBAK ANTARA PENYAMUN DAN POLIS TEMBAK MENEMBAK ANTARA PENYAMUN DAN POLIS Reviewed by Metronews on 12:38 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.