Hulu Selangor - 25/11/2018
Seorang lelaki maut, manakala enam lagi individu termasuk tiga wanita parah dalam kemalangan membabitkan konvoi motosikal yang dirempuh sebuah lori di Kilometer 405 Lebuhraya Utara Selatan arah utara.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohd Rizal Buang, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 10.33 pagi tadi.
Seramai 13 pegawai dan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bahru dan BBP Tanjung Malim dikerahkan ke lokasi kejadian.
Difahamkan ketika kejadian, beberapa motosikal yang menyertai konvoi berkenaan terjatuh di lorong kecemasan sebelum sebuah kereta Proton Exora berhenti untuk membantu mangsa.
Bagimanapun, sebuah lori yang datang dari arah sama merempuh motosikal dan kereta berkenaan mengakibatkan seorang daripada mereka maut, manakala enam lagi parah.
Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Tanjung Malim dan Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

TRELER REMPUH KONVOI MOTOSIKAL
Reviewed by Metronews
on
10:43 PM
Rating:

No comments: