8 INDIVIDU TERLIBAT KEKECOHAN DI KUIL SRI MAHA MARIAMMAN DIDAKWA

PETALING JAYA - 4/12/2018

Lapan individu yang terlibat dalam insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, minggu lalu tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, bagi menghadapi pertuduhan.


Kesemua mereka tiba pada jam 11.24 pagi tadi dengan menaiki trak polis diiringi beberapa anggota yang kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret.


Lima daripada mereka dituduh mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata.

Tiga lagi masing-masing didakwa mengikut Seksyen 79 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 25(1)(n) Peraturan Pendaftaran Negara, Seksyen 151 Kanun Keseksaan kerana menyertai perhimpunan lebih daripada lima orang dan selepas perhimpunan itu diperintahkan bersurai serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.


Sementara itu, diluar mahkamah puluhan ahli keluarga dan rakan tertuduh dilihat mula berkumpul selain turut hadir Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk C. Sivarraajh.

Dalam kejadian awal pagi pada 26 November itu, 23 kenderaan musnah dibakar, manakala cermin pusat beli-belah One City turut dipecah dan dirosakkan.


Akibat kejadian itu, seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, diserang perusuh dan kini dilaporkan masih berada di dalam tahap kritikal namun stabil di Institut Jantung Negara (IJN).
8 INDIVIDU TERLIBAT KEKECOHAN DI KUIL SRI MAHA MARIAMMAN DIDAKWA 8 INDIVIDU TERLIBAT KEKECOHAN DI KUIL SRI MAHA MARIAMMAN DIDAKWA Reviewed by Metronews on 3:31 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.