Kuala Lumpur - 17/12/2018
Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera parah dalam pergaduhan di Kuil Sri Maha Mariamman, disahkan meninggal dunia kira kira jam 9.41 malam tadi.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin ketika melawat Allahyarham di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah pagi esok untuk penghormatan terakhir sebelum dibawa menaiki helikopter untuk pulang ke kampung halaman di Kedah bagi proses pengebumian selepas solat Zohor.
Semalam kesihatan Mohd Adib dilaporkan merosot dan fungsi paru-parunya mengalami penurunan beransur-ansur.
Institut Jantung Negara (IJN), dalam kenyataan berhubung perkembangan terkini Muhammad Adib berkata selepas menjalankan penilaian menyeluruh, paru-paru anggota bomba itu didapati menunjukkan tanda-tanda konsolidasi dan pengerasan tisu, justeru menjadikan pertukaran gas tidak berkesan.
Ia akibat daripada kecederaan awal yang teruk pada paru-parunya. Pada masa sama, fungsi buah pinggangnya juga tidak menunjukkan peningkatan di mana beliau terus memerlukan sokongan dialisis.
Berikutan perkembangan itu, dan selepas perbincangan pasukan pelbagai disiplin, IJN berkata keputusan dicapai untuk memasukkan semula sistem Veno-Venous ECMO pada jam 9 malam kelmarin untuk membantu keperluan sistem pernafasannya.

ADIB MENINGGAL DUNIA
Reviewed by Metronews
on
10:27 PM
Rating:

No comments: