www.mklcrimedesk.com

ANGGOTA URB MAUT DILANGGAR

Kuala Lumpur - 5/12/2018

Seorang anggota Unit Rondaan Bermotosikal URB maut manakala rakan setugasnya parah selepas dilanggar kereta yang terbabas.

Kejadian berlaku di Jalan Semantan dari Jalan Damansara menghala ke ibu negara, awal pagi tadi.


Dalam kejadian 3.50 pagi itu, Konstabel Mohd Zamri Sinsian, 26, meninggal dunia di lokasi kejadian .

Rakannya, Konstabel Osman Ibrahim, 23, parah di kepala.


Seorang lagi anggota URB yang turut berada di situ, Koperal Mohd Samsul Ishak terselamat dalam kejadian itu.

Kedua - dua mereka adalah anggota URB dari Balai Polis Travers.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik JSPT Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya, berkata ketika kejadian, dua anggota URB menaiki dua motosikal itu sedang membuat pemeriksaan mengejut ke atas sebuah kereta di tepi Jalan Semantan.


Tiba-tiba datang sebuah kereta yang sedang menuruni bukit terbabas dan merempuh dua anggota URB terbabit dari arah belakang.

Lelaki berusia 44 tahun yang memandu kereta berkenaan kini ditahan dan dibawa ke pejabat JSPT Kuala Lumpur untuk ujian alkohol.


Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat manakala anggota yang cedera kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya PPUM.
ANGGOTA URB MAUT DILANGGAR ANGGOTA URB MAUT DILANGGAR Reviewed by Metronews on 2:35 PM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.