KAKI JUDI BERTEMPIARAN LARI

Sepang - 24/12/2018

Pertaruhan serendah 10 ringgit dan dibayar 10 kali ganda dari nilai taruhan.

Kegiatan judi bola golek sering menjadikan kawasan tapak pembinaan sebagai aktiviti perjudian.


Malam tadi kegiatan itu ditumpaskan polis dari bahagian maksiat, perjudian dan kongsi gelap D7 Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor.

Lokasinya di rumah kongsi di tapak pembinaan di Sepang.


Serbuan dilakukan kira kira jam 930 malam, di ketuai pegawai turus D7 DSP Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin.

Operasi dijalankan berikutan maklumat dan risikan sejak seminggu lalu.


Ketika serbuan rata rata kaki judi terbabit sedang leka bertaruh.

Menyedari kehadiran polis mereka bertempiaran lari.


Hasilnya 2 penganjur warga tempatan dan 6 pemain warga Bangladesh dan seorang warga Indonesia berjaya diberkas.

Turut dirampas pelbagai barangan perjudian termasuk bola dan papan perjudian serta wang tunai dipercayai wang hasil pertaruhan.


Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 40an dan dibawa ke IPD Sepang untuk tindakan lanjut.
KAKI JUDI BERTEMPIARAN LARI KAKI JUDI BERTEMPIARAN LARI Reviewed by Metronews on 9:43 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.