KALUNGAN BUNGA SEBAGAI NILAI MARUAH SESEORANG GRO

Kuala Lumpur - 2/12/2018

Hadiah kalungan bunga sebagai nilai maruah seseorang GRO asing pada satu malam selepas peragaaan ratu cantik ala Jepun.


Itu taktik pelaris sebuah pusat hiburan yang akhirnya digempur Jabatan Imigresen Putrajaya malam tadi.

Lokasinya di sebuah pusat hiburan yang terletak dekat Solaris Mount Kiara.


Risikan unit Q-R-T Bahagian Perisikan Operasi Khas dan Analisa selama 2 minggu.

Hasil serbuan malam tadi berjaya memberkas 33 lelaki dan wanita warga asing.


Ini termasuk 29 wanita warga Vietnam, Laos, Singapura dan Thailand berjaya ditahan.

Operasi bermula jam 12 malam dengan kekuatan  30 pegawai dan anggota turut mengejutkan lebih 100 pelanggan.

Hasil maklumat mendapati premis terbabit menggaji wanita warga asing sebagai pelayan pelanggan.

4 lelaki warga Bangladesh dan Pakistan yang juga pelanggan turut ditahan.

Manakala 5 lelaki dan wanita warga tempatan dipercayai pekerja dan penjaga premis turut ditangkap bagi membantu siasatan.

Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut.
KALUNGAN BUNGA SEBAGAI NILAI MARUAH SESEORANG GRO KALUNGAN BUNGA SEBAGAI NILAI MARUAH SESEORANG GRO Reviewed by Metronews on 4:22 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.