LEBUHRAYA KARAK JADI TUMPUAN SAMSENG JALANAN

Gombak - 16/12/2018

Ekoran laluan lebuhraya Karak menjadi 'trend' laluan penjenayah mahupun pesalah trafik tegar...  Satu Ops Bersepadu Khas Jabatan Siasatan Penguatkuasa Trafik Jenayah Selangor bersama agensi penguatkuasa lain dilancarkan di Tol Gombak siang tadi.


Operasi selama 2 hari bermula pada sabtu itu berhasil dengan lebih 400 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Turut terlibat dalam operasi terbabit... JSPT Bukit aman, Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Jabatan Alam Sekitar.


Dalam operasi itu, 5 lelaki ditangkap polis kerana terlibat dalam kesalahan memandu secara merbahaya..   memandu kenderaan klon, tiada dokumen perjalanan sah dan memandu dalam pengaruh alkohol.

Manakala 3 lagi lelaki ditangkap memiliki dadah.


Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik JSPT Selangor, Superintendan Azman Shari'at berkata... Tiada lesen memandu dan cukai jalan antara kesalahan paling banyak dilakukan pengguna jalan raya.


JPJ turut mengeluarkan 94 saman dan mengesan dua kenderaan klon yang digunakan sepanjang operasi dua hari itu.

Agensi anti dadah kebangsaan AADK yang menjalankan saringan ujian air kencing pula mendapati 12 daripadanya positif dadah.

Polis dengan kerjasama beberapa agensi penguatkuasaan lain akan terus menjalankan operasi itu bagi mengesan pengguna yang masih melakukan kesalahan berkaitan trafik atau jenayah.
LEBUHRAYA KARAK JADI TUMPUAN SAMSENG JALANAN LEBUHRAYA KARAK JADI TUMPUAN SAMSENG JALANAN Reviewed by Metronews on 2:39 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.