MARKAS SINDIKET PERJUDIAN ONLINE DISERBU POLIS

Taktik satu sindiket perjudian menggunakan aplikasi sistem pesanan ringkas SMS, WeChat, Whatsapp dan Facebook sebagai medium mencari pelanggan akhirnya terbongkar.


Kegiatan mereka dikesan di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Seri Taming, Kajang, Selangor

Ia hasil aduan orang awam yang muak menerima pesanan ringkas yang dipercayai diedarkan secara rawak.


Buktinya 6 individu termasuk 3 wanita ditangkap ketika sedang leka memancing pelanggan dan menerima pertaruhan melalui talian.

Pegawai Turus D7 Selangor, DSP Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata sindiket menjadikan premis itu sebagai markas untuk mempromosikan iklan perjudian online.


Suspek didapati telah  diberikan nombor telefon oleh pengurus dan menghantar serta menghubungi pelanggan bagi promosi perjudian.

Semakan mendapati 6 yang ditahan itu ialah tiga lelaki dan tiga wanita tempatan dan seorang warga Indonesia.


Dalam serbuan itu polis juga merampas tiga set komputer, kad bank, buku cek dan 18 telefon pintar serta peralatan internet bagi kegiatan berkenaan.

Sindiket dipercayai sudah beroperasi sejak dua bulan lalu.

Semua rampasan dan individu yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah IPD  Kajang untuk tindakan lanjut.
MARKAS SINDIKET PERJUDIAN ONLINE DISERBU POLIS MARKAS SINDIKET PERJUDIAN ONLINE DISERBU POLIS Reviewed by Metronews on 10:04 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.