www.mklcrimedesk.com

PELAYAN KELAB MALAM DARI TIMUR TENGAH DITAHAN

Kuala Lumpur - 22/12/2018

Polis gempur lubuk GRO pelbagai negara termasuk dari timur tengah di sebuah pusat hiburan terkenal dekat ibu negara malam tadi.


Ia terbukti dengan penahanan 77 wanita asing berpakaian seksi dalam Ops Noda yang dilakukan 5 pegawai dan 23 anggota D7 jabatan siasatan jenayah IPK Kuala Lumpur.

Serbuan bermula jam 12 malam itu turut mengejutkan lebih 60 pelanggan.

Ada aksi GRO asing menyorok di dalam kotak mahupun dalam tandas.


Namun perlakuan licik itu gagal.

Hasil semakan...  52 daripada GRO itu warga Vietnam 15 Uzbekistan 4 Kirgistan dan selebihnya seorang Filipina Turki dan Ukrain.

Mereka dikatakan menerima tawaran sekurang kurangnya 100 ringgit untuk teman minum dan berfoya.


4 Lelaki tempatan dan seorang Bangladesh dipercayai penjaga dan pekerja premis itu turut ditangkap bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut seksyen 55b akta imigresen, seksyen 39b peraturan imigresen dan seksyen 6 (1)  (c) akta imigresen.

Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut.
PELAYAN KELAB MALAM DARI TIMUR TENGAH DITAHAN PELAYAN KELAB MALAM DARI TIMUR TENGAH DITAHAN Reviewed by Metronews on 5:35 PM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.