SEBUAH KILANG HAMPIR MUSNAH DIJILAT API

Rawang - 15/12/2018

Sebuah kilang sabun yang sedang dalam proses pembinaan hampir musnah dalam kebakaran petang tadi.

Insiden di Batu 23 saujana rawang berlaku kira kira jam 12 tengah hari tadi.


3 Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang serta Rawang bergegas ke lokasi kejadian sebaik dihubungi orang awam.

Api marak dan asap tebal turut mencetuskan panik penduduk setempat.

Bagaimanapun api berjaya dikawal kira kira 45 minit kemudian.

Siasatan mendapati..  bangunan terbabit adalah separuh kekal jenis kelas C berkeluasan 10 ribu kaki persegi musnah 60 peratus.

Setakat ini tiada mangsa yang terlibat.

Punca dan anggaran kerugian sebenar masih dalam siasatan.
SEBUAH KILANG HAMPIR MUSNAH DIJILAT API SEBUAH KILANG HAMPIR MUSNAH DIJILAT API Reviewed by Metronews on 6:44 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.