5 'SUPERMAN' DICEKUP POLIS

Kuala Lumpur - 20/1/2019

Cuti hujung minggu bukan untuk merehatkan diri... Sebaliknya memilih untuk beraksi 'SUPERMAN' di lebuhraya.


Tanpa merasa gentar..  5 remaja usia 17 hingga 19 tahun menunggang secara berbahaya di Lebuhraya DUKE awal pagi tadi.

Manakala sepasang kekasih remaja ditangap kerana menggunakan nombor plat palsu dalam ops sekatan jalanraya dekat Jalan Genting Klang dan Jalan Raja Laut.

Operasi bermula jam 11 malam diketuai Pegawai Turus Penguatkuasa JSPT Kuala Lumpur DSP Shafie Ishak bersama 7 anggota menumpukan geng samseng jalanan tegar.

Menurut Ketua JSPT Kuala Lumpur ACP Zulkifly Yahya.. ketika operasi sekatan jalanraya...  pasangan kekasih itu didapati tiada lesen menunggang.


Hasil pemeriksaan  selama dua jam, sebanyak 218 saman dikeluarkan.

Antaranya tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, nombor pendaftaran fancy dan ubahsuai kenderaan.

Dalam ops samseng jalanan bermula jam 2 pagi tadi...  5 remaja berusia 17 hingga 27 tahun diberkas mengikut seksyen 42 akta pengangkutan jalan 1987.


Ketika itu... Mereka sedang ligat dengan aksi berani mati.

Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.
5 'SUPERMAN' DICEKUP POLIS 5 'SUPERMAN' DICEKUP POLIS Reviewed by Metronews on 10:24 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.