SEORANG LELAKI DITEMUI MATI DI BAWAH JEJAMBAT

Seorang lelaki lengkap berpakaian ditemui mati di bawah jejambat Jalan Yew Pudu pagi tadi.


Kejadian disedari orang awam yang terlihat tubuh mangsa dalam keadaan mencurigakan kira kira jam 8.07 minit pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Supritendan Rudy Abdullah berkata... Pemeriksaan forensik mendapati muka mangsa lebam disyaki dipukul selain terdapat kecederaan di badan tangan dan kakinya.


Mangsa disyaki warga asing berusia 30 an juga dipercayai dibunuh di lokasi lain dan dicampakkan di tempat terbabit.

Setakat ini tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

Polis sedang mengenal pasti rakaman kamera litar tertutup CCTV bagi mengesan suspek terlibat yang disyaki lebih dari seorang individu.


Kes disiasat mengikut seksyen 302 kanun keseksaan.

Mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
SEORANG LELAKI DITEMUI MATI DI BAWAH JEJAMBAT SEORANG LELAKI DITEMUI MATI DI BAWAH JEJAMBAT Reviewed by Metronews on 4:58 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.