www.mklcrimedesk.com

SPA TAWAR PAKEJ SEKS

KUALA LUMPUR - 1/1/2019

Kehangatan sambutan malam tahun baru turut dirasai sehingga ke pusat spa yang menawarkan pakej layanan wanita warga asing sebagai peneman malam.

Kegiatan kotor itu tidak bertahan lama selepas turut digempur Jabatan Imigresen Kuala Lumpur malam tadi.


Premis terbabit beroperasi di sebuah hotel di Jalan Kuchai Lama.

Serbuan berhasil atas maklumat awam dan risikan sejak seminggu lalu yang mendakwa ada kegiatan pelacuran dalam premis terbabit.

Operasi bermula jam 11 malam di ketuai Pengarah Jabatan imigresen Kuala Lumpur Hamidi Adam berjaya memberkas 18 Wanita dan 8 lelaki warga Myanmar, Vietnam dan Thailand.


4 pelanggan juga ditahan untuk membantu siasatan.

Ketika serbuan rata-rata pekerja seks terbabit sedang melayan pelanggan.

Ada juga yang sedang berehat di bilik yang di khaskan.

Premis terbabit turut menyediakan makanan secara percuma kepada pelanggan.

Bayaran antara RM170 hingga RM200 dikenakan kepada pelanggan bagi setiap khidmat seks.

Kesemua yang di tahan berusia antara 20 hingga 40an di bawa ke Ibu Pejabat Imigresen Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.
SPA TAWAR PAKEJ SEKS SPA TAWAR PAKEJ SEKS Reviewed by Metronews on 10:38 PM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.