www.mklcrimedesk.com

2 BERANAK PARAH



SUNGAI BULOH - Dua beranak parah manakala dua lagi terselamat apabila kenderaan yang dinaiki empat beranak dirempuh dari belakang di Kilometer 452 Lebuhraya Utara Selatan, PLUS Sungai Buloh ke Rawang.


Kejadian berlaku kira kira jam 11 malam ketika empat beranak itu dalam perjalanan pulang ke utara semenanjung.


Sebaik dirempuh Volkswagen POLO, kenderaan Perodua Axia yang dinaiki mereka berpusing dan terbalik.




Mangsa bapa dan anaknya berusia 7 parah dikepala dan dada, manakala dua lagi masih trauma.


Polis masih lagi mendapatkan saksi saksi kejadian bagi mengenal pasti punca kemalangan.


Pemandu Volkswagen Polo diambil keterangan bagi membantu siasatan.


Kes disiasat mengikut Seksyen 42 kurungan satu Akta Pengangkutan Jalan 1987.


END
2 BERANAK PARAH 2 BERANAK PARAH Reviewed by MKLCrimedesk on 3:21 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.