www.mklcrimedesk.com

3 Lelaki Kena Tahan Memandu Mabuk



PETALING JAYA - 3 Lelaki ditangkap selepas didapati memandu dalam pengaruh alkohol melebihi had yang dibenarkan pagi tadi.

Kesemua suspek berusia 26 hingga 45 tahun itu dikesan dalam Op Alkohol yang dilaksanakan pasukan polis IPD Petaling Jaya di sekitar pentadbiran daerah itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP NIk Ezanee Mohd Faisal, kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 45 A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.




Jelasnya, sepanjang operasi bermula jam 3 pagi tadi sejumlah 370 pengguna jalanraya dan 355 buah kenderaan diperiksa.


Sebanyak 15 saman trafik telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.


IPD Petaling Jaya terus memperkasakan operasi mengesan penguna jalanraya yang mabuk terutamanya mereka yang melalui kawasan pentadbiran daerah itu.





END
3 Lelaki Kena Tahan Memandu Mabuk 3 Lelaki Kena Tahan Memandu Mabuk Reviewed by Mkl Crimedesk on 3:53 PM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.