SHAH ALAM - Selepas kes di Kuala Lumpur, sindiket penipuan dan pemalsuan laporan makmal keputusan ujian sarinhan Covid-19 dikesan pula di Shah Alam, Selangor.
Sindiket yang turut memalsukan passport dan visa itu dikesan beroperasi dengan aktif sejak 2 bulan lepas.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharuddib Mat Taib berkata suspek didapati menjual laporan makmal keputusan saringan covid-19 kepada pekerja warga asing yang bekerja semasa Perintah Kawalan Pergerakan PKP dengan harga 120 ringgit.
Kegiatan itu terbobgkar apabila polis melakukan serbuan di sebuah rumah di Taman Seri Muda pada petang Rabu lepas.
Seorang suspek warga tempatan yang juga pemandu teksi mengaku menjalankan kegiatan itu bersama suspek yang lain.
Peranan suspek ditangkap itu adalah mencari pelanggan sama ada pekerja warga asing atau majikan yang memerlukan laporan makmal berkeputusan negatif bagi ujian covid-19.
Sindiket sama juga didapati turut menawarkan khidmat menjual pasport dan visa pelbagai negara kepada pendatang asing tanpa izin PATU atau majikan tanpa melalui prosedur Jabatan Imigresen.
Bertindak atas maklumat dari suspek pertama itu polis berjaya menahan 3 lagi lelaki termasuk dalang kegiatan itu dalam serbuan di Klang semalam serta merampas pelbagai peralatan untuk melakukan kegiatan jenayah mereka.
Polis juga berjaya menahan seorang lagi suspek iaitu wanita yang berperanan mengubah suai keputusan laporan makmal di sebuah premis perniagaan di Pandamaran, Klang.
Kesemua suspek kini direman untuk siasatan lanjut.
Ends
4 INDIVIDU DITANGKAP PEMALSUAN LAPORAN MAKMAL COVID 19
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
5:36 PM
Rating:

No comments: