www.mklcrimedesk.com

40 UNIT MPV HONDA CIVIC DIGUNAKAN POLIS KL UNTUK CEGAH JENAYAH



 
KUALA LUMPUR - Sejumlah 40 unit Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) jenis Honda Civic 1.8 diperuntukkan dalam penugasan Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk tujuan rondaan dan membanteras jenayah di ibu kota.


Unit kereta peronda MPV merupakan antara aset Polis Diraja Malaysia yang amat penting bagi tujuan pencegahan jenayah.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya telah menerima 28 unit kereta tersebut dan akan diagihkan kepada setiap daerah.


Manakala 12 unit kereta lagi akan diterima dalam masa terdekat, ia akan diagihkan kepada setiap polis daerah dan Unit Polis Pelancong. 


Beliau ditemui pada sidang media selepas majlis penyerahan kereta peronda MPV Honda Civic 1.8 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, siang tadi. 




Mazlan berkata, setakat ini pihaknya mempunyai 283 unit kereta MPV, 163 unit MPV diagihkan kepada Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti. 


15 unit MPV digunakan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik.


Manakala sebanyak 69 unit MPV diserahkan kepada balai-balai dan 36 unit MPV lagi untuk kegunaan bahagian-bahagian lain.


Dalam pada itu, sebanyak 64 unit MPV tidak dapat digunakan kerana mengalami kerosakan atau sedia dilupuskan.


Mazlan berkata, Unit MPV Polis Kuala Lumpur berjaya melakukan sebanyak 167 tangkapan pada tahun lalu.


Sejak awal tahun sehingga 31 Mei lalu, sebanyak 194 tangkapan telah dilakukan oleh unit MPV. 


Beliau berkata, perbandingan pencapaian dan nilai ambang jenayah indeks tahunan bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Mei lalu menunjukkan kadar indeks jenayah di Kontinjen Kuala Lumpur sebanyak 3,279.


Jumlah itu kurang daripada nilai ambang yang telah ditetapkan iaitu sebanyak 4,691 atau menurun sebanyaj 30.1 peratus.


END
40 UNIT MPV HONDA CIVIC DIGUNAKAN POLIS KL UNTUK CEGAH JENAYAH 40 UNIT MPV HONDA CIVIC DIGUNAKAN POLIS KL UNTUK CEGAH JENAYAH Reviewed by MKLCrimedesk on 5:18 AM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.