www.mklcrimedesk.com

7 Lelaki Mabuk Memandu Kenderaan Ditangkap Dalam OPS Alkohol



PETALING JAYA - Lagi pemandu mabuk ditangkap dalam Op Alkohol dan Pencegahan Jenayah di beberapa lokasi sekatan jalan raya SJR dekat daerah Petaling Jaya.

Kali ini, 7 lelaki berusia 28 hingga 51 tahun diberkas kerana memandu dibawah pengaruh alkohol iaitu melebihi had yang ditetapkan.



Mereka disiasat dibawah Seksyen 45 (A) 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, operasi bermula jam 11 malam hingga 3 pagi tadi itu bertujuan mengesan pemandu dan penunggang yang menggunakan jalan raya dibawah pengaruh alkohol sehingga merisikokan keselamatan pengguna lain.


Hasil tangkapan ini membuktikan ramai lagi individu yang tidak bertanggungjawab dengan memandu dibawah pengaruh alkohol.

Dalam operasi itu, seramai 375 orang pengguna jalan raya dan 360 buah kenderaan diperiksa.


Polis juga telah mengeluarkan 22 saman atas pelbagai kesalahan trafik.

Jelas Mohd Ezanee, IPD Petaling Jaya akan terus melaksanakan operasi ini khusunya kepada semua pengguna jalan raya yang melalui kawasan pentadbirannya.

ENDS
7 Lelaki Mabuk Memandu Kenderaan Ditangkap Dalam OPS Alkohol 7 Lelaki Mabuk Memandu Kenderaan Ditangkap Dalam OPS Alkohol Reviewed by Mkl Crimedesk on 11:34 AM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.