www.mklcrimedesk.com

7 Mat Rempit Baru Keluar Gua Dah Kena Cekup PDRM


KUALA LUMPUR - 7 pemuda termasuk 3 pelajar ditangkap selepas melalukan aksi berbahaya dan berlumba sesama sendiri dalam Ops Samseng Jalanan dekat ibu negara.

Kesemua mereka berusia 16 tahun hingga 33 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkifli Yahya berkata, PDRM tidak akan berdiam diri walaupun dalam tempoh pemulihan wabak Covid 19 atau Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan PKPP,

Malah pihaknya kini memperhebatkan operasi pencegahan jenayah dengan melakukan sekatan jalan raya berkala di beberapa lokasi sekitar ibu negara.

Operasi bermula jam 10 malam dilakukan diketuai ASP Risikan Operasi Ahmad Fuad Mahmod itu tertumpu di Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Lebuhraya Duke.

3 suspek yang ditangkap berusia 16 hingga 19 tahun ada pelajar sekolah dan kolej.

Mereka didapati berlumba sesama sendiri di samping melakukan aksi berbahaya seperti Willie dan Superman.

Antara kesalahan lain dikesan adalah tidak memiliki lesen.

Kesemua mereka berusia 16 hingga 33 tahun ditahan dan 7 siasatan dilakukan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan satu siasatan mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Mereka juga dikenakan 10 saman trafik.

Dalam operasi sekatan jalan raya itu juga, Ppolis mengeluarkan lebih 200 saman trafik atas pelbagai kesalahan.

Operasi malam tadi berakhir jam 4 pagi.

ENDS
7 Mat Rempit Baru Keluar Gua Dah Kena Cekup PDRM 7 Mat Rempit Baru Keluar Gua Dah Kena Cekup PDRM Reviewed by Mkl Crimedesk on 1:41 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.