www.mklcrimedesk.com

7 Remaja Samseng Jalanan Langgar PKPB Tidur Balai


KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB belum pun tamat lagi, samseng jalanan sudah buat hal. 

Kegiatan 7 remaja lelaki berusia di antara 19 ke 27 tahun yang meronggeng di Lebuhraya Duke malam tadi berkahir ke Balai Polis. 

Kesemua mereka ditahan kerana menunggang secara merbahaya dengan mempamerkan aksi meniarap di atas motor seperti superman, bersaing sesama sendiri, melakukan aksi Zig Zag dan aksi seperti kejar mengejar. 

Operasi bermula jam 12 malam hingga 3 pagi tadi diketuai ASP Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ASP Ahmad Fuad Mahmod bersama 12 anggota. 



Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner  Zulkefly Yahya berkata, Daripada 7 remaja lelaki yang ditangkap 3 remaja lelaki tidak mempunyai lesen memandu yang sah. 

Seorang remaja lelaki berusia 24 tahun merupakan kakitangan Awam yg melakukan aksi  meniarap di atas motor Superman. 

Antara kesalahan lain dikesan adalah ubah suai motosikal, tidak memilki cermin sisi selain lampu depan dan belakang.

Kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

END
7 Remaja Samseng Jalanan Langgar PKPB Tidur Balai 7 Remaja Samseng Jalanan Langgar PKPB Tidur Balai Reviewed by IenaEvana on 12:08 PM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.