www.mklcrimedesk.com

Dua Beranak Kena Reman Bantu Kes Jumpa Mayat Pemandu Jengkaut

AMPANG - Polis akan menyiasat segala kemungkinan punca kematian mayat seorang pemandu jengkaut yang ditemui tertimbus di kolam tadahan hujan, Ukay Perdana, semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, penahanan reman seorang kontraktor bersama anak lelakinya itu bagi mengenal pasti motif kejadian. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Mohd Azam Ismail hari ini mengesahkan dua beranak itu direman seminggu bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang pemandu jengkaut petang semalam. 

Perintah reman dibenarkan mahkamah Ampang bermula hari ini sehingga 30 Jun.


Dalam kejadian 1.30 petang semalam suspek iaitu bapa berusia 56 tahun dan anaknya berusia 35 tahun membuat laporan polis menemui mangsa dalam keadaan separuh badan tertimbus dengan tanah. 

Mangsa berusia 64 tahun adalah pekerja kepada suspek pertama.

Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kecederaan yang teruk pada bahagian badan dan kepala mangsa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh dan boleh dihukum gantung sampai mati. 

ENDS
Dua Beranak Kena Reman Bantu Kes Jumpa Mayat Pemandu Jengkaut Dua Beranak Kena Reman Bantu Kes Jumpa Mayat Pemandu Jengkaut Reviewed by Mkl Crimedesk on 11:58 PM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.