www.mklcrimedesk.com

Geng Pecah Rumah Angkut Peti Besi Kantoi

GOMBAK - Pecah rumah dengan peti besi sekali dia angkut hingga kerugian lebih 30 ribu ringgit. 

Itu yang dilakukan 2 lelaki tempatan selepas pecah masuk sebuah rumah milik seorang pesara di Taman Selayang 17 Jun lepas. 

Bagaimanapun kedua dua suspek berjaya diberkas semalam ketika terserempak di dalam sebuah kenderaan curi dekat kawasan perumahan Selayang Baru. 

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata, kegiatan mereka dikesan pasukan Balai Polis Selayang.

Ketika ditahan, suspek didapati menaiki sebuah kereta MyVi.

Polis turut menemui nombor plat palsu dalam kenderaan berkenaan.

Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan itu dilaporkan di samun dan dilarikan di Damansara Jaya pada Jun tahun lepas. 

Hasil pemeriksaan di rumah suspek menemui pelbagai barangan hasil samun. 


Modus operandi yang digunakan oleh kumpulan ini adalah mensasarkan rumah kosong dan pecah masuk ketika waktu petang jam 3 hingga 9 malam.

Mereka menggunakan peralatan pecah rumah yang diubah suai.

Salah seorang suspek berusia 42 tahun itu memiliki 6 rekod jenayah lampai termasuk pecah rumah.

Suspek 42 dan 50 tahun itu direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

END
Geng Pecah Rumah Angkut Peti Besi Kantoi Geng Pecah Rumah Angkut Peti Besi Kantoi Reviewed by Mkl Crimedesk on 11:54 PM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.