www.mklcrimedesk.com

Perunding Seni Bina Hadapi 2 Tuduhan Menipu Cek Tendang dan Projek K1MMM





PETALING JAYA - Perunding seni bina didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas dua pertuduhan iaitu menipu berkaitan projek Kediaman 1Malaysia Mampu Milik K-1-M-M-M dan cek tendang bernilai 2 juta ringgit.

Mohsin Bujang, 62, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa memperdayakan Pengarah Syarikat IM Bina Sdn Bhd, Mohd Yusof Kotok, 57, untuk mempercayai bahawa syarikat milik mangsa mendapat kontrak pembangunan perumahan K1MMM yang tidak wujud.

Mangsa kemudian telah memberikan dua keping cek masing-masing bernilai 500 ribu ringit sebagai deposit untuk mendapatkan kontrak itu, yang tidak akan dilakukan sekiranya tidak diperdaya.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah memperdaya Mohd Yusof untuk mempercayai  satu cek bayaran balik daripada penghakiman persetujuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bernilai 1 juta ringgit.

Ia menyebabkan mangsa mendepositkan cek tendang dengan nilai sama ke dalam akaun syarikatnya.

Kedua-dua kesalahan didakwa dilakukan di Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan dan di RHB cawangan Subang Jaya pada 19 Jun 2017 dan 1 Mac 2019.

Mohsin didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan dengan sebatan, dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin 20 ringgit dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Julai untuk sebutan semula kes.

ENDS
Perunding Seni Bina Hadapi 2 Tuduhan Menipu Cek Tendang dan Projek K1MMM Perunding Seni Bina Hadapi 2 Tuduhan Menipu Cek Tendang dan Projek K1MMM Reviewed by Mkl Crimedesk on 3:10 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.