www.mklcrimedesk.com

Suami dan Anak Parah, Isteri Maut Tercampak dan Digilis Kenderaan





BUKIT TAGAR - Seorang maut manakala anak dan suaminya   parah dalam kemalangan di kilometer 426.9 di Lebuhraya Utara Selatan, Bukit Tagar menghala ke Bukit Beruntung pagi Sabtu.

Panggilan kecemasan  diterima kira kira jam 1.20 pagi oleh peronda lebuhraya.

Dipercayai kereta Perodua Myvi yang dinaiki tiga beranak terbabas.

Isterinya tercampak keluar di lorong laju sebelum digilis dan diseret kenderaan lain.

Mangsa yang parah dikepala dan badan disahkan maut oleh paramedik.

Anak mangsa dan suaminya parah dan  dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh.

Ketika kemalangan cuaca hujan serta laluan berselekoh dan gelap.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Khadijah Ab Rahim, 33 tahun dari Taman Tasik Semenyih. 

Polis masih mendapatkan beberapa  keterangan saksi kejadian bagi mengenal pasti punca kejadian.

Ends
Suami dan Anak Parah, Isteri Maut Tercampak dan Digilis Kenderaan Suami dan Anak Parah, Isteri Maut Tercampak dan Digilis Kenderaan Reviewed by Mkl Crimedesk on 1:47 PM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.