www.mklcrimedesk.com

IBU TUNGGAL MENGAKU TIDAK BERSALAH HINA SULTAN KELANTAN


KUALA LUMPUR - Seorang ibu tunggal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan membuat penghantaran jelik dan kenyataan berunsur penghinaan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan..


..Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melalui laman blog Malaysia Flip Flop Mac lepas.


Bagaimanapun Lai Yuet Ming, 65 tahun, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan dalam bahasa melayu di hadapan Hakim Edwin Paramjothy.


Mengikut pertuduhan pertama, beliau didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya terhadap perdana menteri dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui blog MalaysiaFlipFlop pada 23 Mac lepas.


Ia mengikut Seksyen 233 kurungan 1 kurungan A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dengan hukuman denda maksimum 50 ribu ringgit atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan, selepas sabitan.


Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa secara sedar telah membuat kenyataan membabitkan Yang di-Pertuan Agong dalam hantaran blog beliau pada 21 Mac lepas dengan niat hendak menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada orang awam..


Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 505 kurungan B Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.


Hakim menetapkan denda empat ribu ringgit untuk kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.


24 Julai depan tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.


ENDS
IBU TUNGGAL MENGAKU TIDAK BERSALAH HINA SULTAN KELANTAN IBU TUNGGAL MENGAKU TIDAK BERSALAH HINA SULTAN KELANTAN Reviewed by IenaEvana on 3:03 AM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.