KAJANG - Sindiket jual barangan FUFU di tapak pasar malam dan Uptown beralih strategi pemasaran ketika Perintah Kawalan Pergerakan PKPP dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
Mana tidaknya, mereka cuba menyembunyikan barangan tiruan itu di dalam premis dobi.
Dan jual secara senyap.
Namun kegiatan mereka akhirnya berjaya di tumpaskan selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), menyerbu sebuah premis di Jalan Reko Kajang semalam.
Pengarah KPDNHEP Selangor Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata,
Penutupan operasi pasar malam dan tapak jualan ‘Uptown’ dipercayai mendorong sindiket ini melakukan jualan di premis berkenaan.
Dalam serbuan itu, kami merampas 370 seluar jeans jenama Levis dan 30 kasut pelbagai jenama didapati tiruan yang dianggarkan bernilai RM20,000.
Serbuan itu dilakukan selepas menerima aduan dan hasil risikan dilakukan di premis berkenaan kira-kira jam 11 pagi.
Turut ditahan, seorang lelaki yang bekerja sebagai penjaga.
Muhamad Zikril berkata, siasatan awal mendapati premis berkenaan dipercayai digunakan sebagai lokasi menyimpan dan menjual seluar jeans tiruan itu sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.
Pada asalnya, premis itu adalah sebuah kedai dobi.
Namun disebabkan kedai berkenaan tidak beroperasi ketika PKP, sindiket berkenaan menjadikannya sebagai lokasi menyimpan serta menjual seluar jeans tiruan terbabit.
Kes disiasat mengikut Akta Cap Dagangan 2019.
KPDNHEP tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau syarikat yang melakukan kesalahan itu.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung barang tiruan boleh menghubungi kami melalui saluran aduan yang disediakan.
ENDS
JEANS FUFU KENA RAMPAS KPDNKK
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
11:49 PM
Rating:

"Every enterprise has hurdles to beat before you can to|you possibly can} launch, and some of these hurdles are shorter or taller than others." Flutter Entertainment PLC, Entain PLC, BETSSON AB, Bet365, Kindred Group PLC are the major companies working in Online Gambling Market. If you've have} any questions or issues about where a specific license will allow you to operate, you 카지노사이트.online need to} discuss along with your corporate service supplier corresponding to Fast Offshore. Other countries prohibit playing for cultural and/or religious causes. These include inter alia, United Arab Emirates, Kuwait, Jordan, Albania, Lebanon, Brunei, Somalia, Sudan, Egypt, Indonesia, and Qatar. Your purchasers and potential customers might be reassured and more likely to to|prone to} decide you.
ReplyDelete