KUALA LUMPUR - Jual dokumen keputusan saringan COVID-19 yang dipalsukan berharga RM50 setiap satu kepada warga asing lain...
Dengan buka kaunter di kaki lima kedai dekat Jalan Alor.
Kegiatan 2 lelaki warga Banglades itu akhirnya kantoi selepas polis menyerbu mereka ketika sedang menunggu pelanggan di Jalan Alor pada 5 Jun lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata kegiatan mereka itu didapati ligat sejak 2 minggu lalu.
Kedua-dua mereka kini ditahan reman mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen bermula 6 Jun sehingga 19 Jun ini.
Hasil siasatan awal mendapati sindiket ini menjalankan aktiviti penipuan dengan
cara mengeluarkan dokumen keputusan ujian saringan COVID-19 yang negatif bagi warganegara asing.
Dalam kedua dua serbuan polis menemui beberapa komputer riba, set, beberapa unit mesin pencetak, dokumen ujian makmal palsu dan wang tunai RM1331.00.
Premis beroperasi setiap hari bermula jam 12.00 tengahari sehingga 9.00 malam di mana seorang penjaga akan ditempatkan di kaunter untuk mengendalikan sebuah komputer riba ketika berurusan dengan pelanggan.
Sasaran pelanggan dipercayai terdiri daripada warganegara asing.
Kadar sewaan tapak adalah RM600.00 sebulan.
Siasatan awal juga mendapati kedua-dua suspek bekerja dengan 2 orang lelaki tempatan dengan gaji RM1500.00 dan RM1700.00 sebulan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Seksyen 468 Kanun Keseksaan, Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen.
Polis memandang serius isu pemalsuan dokumen keputusan ujian
saringan COVID-19 ini dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menyalahi undang-undang.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya
dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau menghubungi mana–mana Balai Polis berdekatan.
END
Jual Dokumen Keputusan Saringan Covid-19 Dengan Hanya RM50
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
12:46 AM
Rating:

No comments: