
KAJANG - Tindakan tegas terhadap ibu bapa yang cuai tidak ambil peduli anak keluar rumah melakukan kegiatan tidak bermoral!!
Itu amaran tegas Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari'at selepas mendapati masih ada remaja yang diberkas dalam Ops Samseng Jalanan yang dilakukan polis setiap minggu.
Terbaru malam tadi, Seramai 13 pemuda ditahan gara gara menunggang secara merbahaya dengan berlumba sesama sendiri dalam OPS Bersepadu Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Selangor.
Kesemua mereka ditahan di Lebuhraya Plus Tol Sungai Besi Bangi selepas dikepung polis di kedua dua hala.
Semakan mendapati ada antara suspek yang ditangkap itu berusia 16 tahun dan tidak berlesen.
Kesemua 13 yang ditahan disasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Operasi malam tadi dilancarkan bersama Jabatan Narkotik PDRM, Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ Selangor, Plus dan Propel.
Ketika digempur, laluan kedua dua hala itu disekat.
Mereka didapati cuba meloloskan diri dengan aksi melawan arus.
Namun gagal selepas tidak menemui jalan keluar.
Dalam operasi berkenaan, 8 individu yang didapati memandu dibawah pengaruh alkohol ditangkap.
Manakala seorang lelaki ditahan berikutan menunggang motosikal curi.
Hasil operasi selama 7 jam bermula jam 11 malam hingga 6.30 pagi.. Lebih 230 kenderaan diperiksa termasuk 12 buah kereta.
Manakala 247 individu turut diperiksa.
Sebanyak 369 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.
JPJ juga telah mengeluarkan 6 saman dan lebih 60 kenderaan diberi notis arah periksa.
2 individu ditangkap kerana dadah.
77 buah motosikal disita.
Operasi terbabit terus diperhebatkan terutama di kawasan tumpuan samseng jalanan.
END
Ops Samseng Jalanan IPD Serdang
Reviewed by MKLCrimedesk
on
3:13 PM
Rating:

No comments: