www.mklcrimedesk.com

10 Individu Ingkar PKP Buat Parti Liar


KUALA LUMPUR - 10 individu ini bukan sahaja langgar Perintah Kawalan Pergerakan, bahkan buat parti liar. Kegiatan mereka akhirnya dibongkar dalam satu operasi di sebuah kondominium Jalan Ampang, Kuala Lumpur awal pagi tadi.  


Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, serbuan jam 1.30 pagi itu dilakukan pasukan polis IPD Wangsa Maju hasil dari maklumat awam.

Ketika diserbu, kesemua mereka sedang me dengar alunan muzik sambil minum minuman keras. Turut dirampas sejumlah botol dan tin minuman arak serta peralatan muzik elektronik.
Hasil siasatan awal mendapati peserta private party yang hadir adalah terdiri dari rakan rakan rapat dan dijemput melalui aplikasi WhatsApp.


Tiada sebarang bayaran dikenakan.

Soal siasat lanjut mendapati unit kondominium tersebut telah disewa oleh salah seorang saspek yang ditahan dengan kadar RM 250.00 sehari.


Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua saspek negatif dadah. Kesemua saspek dibawa balik ke IPD untuk siasatan lanjut kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19 dengan berhimpun bagi tujuan sosial.


Kesemua saspek disiasat di bawah Peraturan 15 Peraturan - peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Jika disabitkan bersalah boleh membawa hukuman denda RM1000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.


Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan berhubung Perintah Kawalan Pegerakan Bersyarat atau ada sebarang maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis berhampiran.

END
10 Individu Ingkar PKP Buat Parti Liar 10 Individu Ingkar PKP Buat Parti Liar Reviewed by Mkl Crimedesk on 1:56 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.