www.mklcrimedesk.com

Lelaki Tanpa Identiti Kena Tetak




KUALA LUMPUR - Mayat seorang lelaki dipercayai dibunuh ditemui di kawasan terpencil berhampiran landasan KTM Segambut di Jalan Nation Drive, Jinjang, Kuala Lumpur pagi tadi.



Mayat dijumpai sekumpulan lelaki yang kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan kes itu pada jam 8.23 pagi tadi.



Hasil siasatan polis mendapati kawasan tempat kejadian tiada lampu dan dipenuhi dengan semak samun.



Tiada pengenalan diri dijumpai di tempat kejadian.



Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan tetak di bahagian leher sebelah kanan, di bahagian pipi kanan dan belakang paha mangsa.



Hasil temubual awal dengan penduduk rumah setinggan berdekatan mendapati mereka tidak mengenali identiti mayat berkenaan dan tidak pernah melihat wajah mangsa dikawasan sekitar.



Kes disiasat dibawah dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.



ENDS
Lelaki Tanpa Identiti Kena Tetak Lelaki Tanpa Identiti Kena Tetak Reviewed by Mkl Crimedesk on 3:26 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.