AMPANG - Dua orang ahli sindiket dadah ditangkap selepas polis membongkar mini makmal memproses dadah dalam serbuan berasingan di Ampang dan Sungai Buloh, 22 Jun.
Serbuan itu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Selangor dengan kerjasama JSJN Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dan Ampang Jaya mengempur
Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, serbuan pertama jam 9.15 malam, seorang lelaki berusia 53 tahun ditangkap di sebuah
rumah teres dua tingkat di Taman Tun Abdul Razak, Ampang.
Polis merampas peket plastik disyaki heroin anggaran berat 26 gram dan bernilai RM1,950.
Beberapa paket lutsinar disyak syabu bernilai RM 1,300 turut dirampas.
Pemeriksaan lanjut menjumpai dua plastik beg mengandungi 20 peket plastik disyaki dadah jenis Heroin di dalam kereta jenis Toyota Alphard milik
suspek yang diparkir dalam kawasan parkir rumah.
Anggaran berat adalah 9000 gram bernilai RM 80,000.
Turut ditemui, satu kotak mengandungi bungkusan plastik dadah bernilai 115, 555 ribu ringgit.
Semakan mendapati suspek menjalankan
kegiatan memproses dadah bersama seorang lagi rakannya.
Soal siasat membawa kepada penahanan rakan suspek yang berusia 49 tahun di sebuah banglo di Sungai Buloh.
Noor Azam berkata, pihaknya turut merampas pelbagai peralatan memproses dadah yang digunakan suspek.
Turut disita tiga kenderaan iaitu kereta jenis Mercedes Benz AMG, Perodua Myvi dan Audi A5 dan sebuah motosikal.
Saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis morfin dan methamphetamine.
Kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula semalam sehingga 29 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
END
MAKMAL MINI PROSES DADAH KENA GEMPUR
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
12:38 AM
Rating:

Thank you for the honesty. I am a new blogger and still learning the ropes! I definitely will be using these tips to publish good comments! 퍼스트카지노
ReplyDelete