RAWANG - Mayat kanak-kanak lelaki 10 tahun yang dihanyutkan arus deras anak Sungai Bakau, Rawang, Selangor dua hari lepas ditemui pagi tadi.
Ketua Balai Bomba Daerah Gombak, Samsol Maarif Saibani berkata mayat ditemui kira kira 5 kilometer dari mangsa dilaporkan hilang pada petang jumaat lepas.
Pihak bomba dimaklumkan mengenai penemuan mayat kanak kanak itu dari seorang pemilik kebun pada jam 8 pagi.
Anggota kemudian bergegas ke lokasi penemuan untuk mengeluarkan mayat mangsa .
Mayat mangsa dikenali sebagai Muhamad Shuail Fazli kemudian diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat.
Mangsa dilaporkan terjatuh ke dalam sungai pada petang Jumaat lepas setelah bermain di kawasan gigi sungai bersama abangnya berusia 11 tahun.
Operasi mencari kemudian digerakkan sejak Jumaat dan disambung semalam, namun gagal dikesan walaupun jarak pencarian diperluaskan sehingga 35 kilometer.
Mayat ditemui terapung dan tersangkut di celah rumput di sungai berkenaan.
END
Mayat Kanak Kanak Lemas di Sungai Bakau Ditemui Selepas 2 Hari SAR
Reviewed by Mkl Crimedesk
on
1:29 PM
Rating:

No comments: