SHAH ALAM - 18 lelaki disyaki terlibat dengan kegiatan perkhidmatan pinjaman wang tanpa lesen atau Ah Long ditahan dalam lima operasi berasingan di sekitar Lembah Klang, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor, ACP Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata kesemua suspek berumur 20 hingga 55 tahun itu ditahan dalam 'Op Vulture' untuk mengekang kegiatan Ah Long di negeri ini.
Kesemua suspek ditahan di lima lokasi iaitu di Klang Utara, Klang Selatan, Petaling Jaya, Kajang dan Serdang.
Dalam operasi itu, polis turut merampas 38 telefon bimbit, dua unit komputer riba, 42 keping kad ATM, wang tunai berjumlah RM5,736 serta pelbagai dokumen dipercayai maklumat diri peminjam.
Katanya, siasatan awal mendapati enam daripada 18 suspek berkenaan turut mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau malah ada dalam kalangan mereka dikesan menggunakan kekerasan termasuk mengugut peminjam.
Katanya, kesemua suspek itu kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.
END
MKL Crimedesk | 18 Ah Long Kutip Hutang Masuk Perangkap PDRM
Reviewed by MKLCrimedesk
on
8:11 AM
Rating:

No comments: