www.mklcrimedesk.com

MKL Crimedesk | 371 Anggota Sindiket Penyeludupan Migran Ditahan 4 Hari


KUALA LUMPUR - PDRM menahan seramai 371 anggota sindiket penyeludupan migran yang terdiri daripada tekong darat serta laut, ejen selain penyedia rumah transit sepanjang empat hari Op Covid-19 Benteng bermula 4 hingga 7 Jun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, suspek ditahan membabitkan 345 lelaki dan 26 wanita warga tempatan, Indonesia, Filipina, Bangladesh serta Myanmar.

Berdasarkan pecahan, suspek ditahan membabitkan 124 ejen, 102 pembawa, 97 tekong dan 48 penjaga rumah transit atau rumah penampungan.

Jelasnya, PDRM terus memperketatkan kawalan sempadan masuk negara bagi mengelak pati membolosi lorong tikus terutamanya penyeludupan Migran.

Antara tindakan drastik dan tegas adalah suspek yang ditahan akan disiasat mengikut kesalahan jenayah terancang suspek ditahan Kesalahan Keselamatan Langkah Langkah Khas 2012 SOSMA


Operasi empat hari ini adalah operasi fasa ketiga dijalankan bagi Op Covid-19 Benteng bermula 1 Januari lalu.


Huzir berkata, jumlah keseluruhan ahli sindiket penyeludupan migran yang ditahan sehingga 7 Jun lalu adalah 547.


Empat kertas siasatan berkaitan jenayah terancang selain 70 kertas siasatan berkaitan penyeludupan migran akan dibuka.


Individu ditahan berumur 20 hingga 70 tahun.


Beliau berkata demikian pada sidang media di Bukit Aman siang tadi.

ENDS

MKL Crimedesk | 371 Anggota Sindiket Penyeludupan Migran Ditahan 4 Hari MKL Crimedesk | 371 Anggota Sindiket Penyeludupan Migran Ditahan 4 Hari Reviewed by MKLCrimedesk on 7:13 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.