www.mklcrimedesk.com

MKL Crimedesk | 4 Kondominium Mewah Ligat Sindiket Judi Online Kena Gempur



KUALA LUMPUR - Setiap hari ada sahaja serbuan membabitkan Macau Scam dan Judi Online…

Ini membuktikan PDRM terus memburu kegiatan itu biarpun negara kini dalam fasa pemulihan Covid 19 yang sedia maklum, tidak membenarkan mana - mana warga asing membolosi pintu masuk negara.

Terbaru, 4 unit kondominium mewah yang dijadikan “calling centre” bagi sindiket judi dalam talian diserbu polis petang semalam.

Premis terletak di Jalan Tun Razak itu diserbu hasil maklumat dan risikan yang dilakukan pasukan D7 IPK Kuala Lumpur dan IPD Wangsa Maju.

Hasil serbuan bermula jam 5.30 petang semalam itu, 42 Warganegara China termasuk dua wanita berusia umur 23 hingga 35 tahun diberkas.

Setiap unit kondominium yang turut menjadi tempat tinggal pekerja calling centre itu disewa dengan harga 6 ribu 500 ringgit sebulan. Mereka dibayar gaji sehingga 2700 ringgit sebulan untuk mendapatkan pelanggan. Modus Operandi adalah mempromosikan Judi Dalam Talian kepada Warganegara China. Sindiket dipercayai sudah beroperasi selama dua bulan dan didalangi warga negara China.

Kesemua mereka dibawa ke IPK Kuala Lumpur untuk dokumentasi.

END
MKL Crimedesk | 4 Kondominium Mewah Ligat Sindiket Judi Online Kena Gempur MKL Crimedesk | 4 Kondominium Mewah Ligat Sindiket Judi Online Kena Gempur Reviewed by MKLCrimedesk on 2:58 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.