KAJANG - Isu kemalangan membabitkan pemandu mabuk semakin serius apabila sejumlah 67 kes kemalangan dengan 3 kematian dicatatkan hanya dalam tempoh 5 bulan.
Angka itu didapati sudah melebihi kes keseluruhan pada tahun 2018, iaitu 60 kemalangan dan 3 kematian.
Manakala tahun 2019 pula merekodkan 56 kes kemalangan dengan 4 kematian.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik JSPT Selangor Superintenden Azman Shariat berkata statistik berkenaan membuktikan isu berkenaan semakin serius.
Kes pemandu mabuk di seluruh negara kini menjadi topik perbualan hangat semua pihak.
Malah statistik tangkapan pemandu mabuk juga didapati meningkat... Iaitu melebihi 2 tahun sebelumnya iaitu 57 tangkapan dengan hanya 10 operasi dilaksanakan.
Pada tahun 2018, 75 operasi dilakukan dengan 62 individu ditahan. Dan 2019, sejumlah 69 operasi dilaksanakan dengan 47 tangkapan.
Superintenden Azman ditemui selepas menyertai Op Mabuk JSPT di Lebuhraya Kajang SILK Dari Arah Seri Kembangan Menghala Ke Pekan Bt 11 Balakong malam tadi.
Dalam operasi ini 3 pemandu mabuk ditahan manakala seorang wanita dibawa ke balai polis kerana menghalang tugas anggota polis.
Selain 3 tangkapan itu, polis juga menahan 3 pemandu mabuk dalam operasi di Klang Selatan.
Operasi ini akan diteruskan di seluruh Selangor bagi mengesan mereka yang masih berdegil memandu dalam keadaan mabuk.
END
MKL Crimedesk | 67 Kes Kemalangan Dan 3 Kematian Membabitkan Pemandu Mabuk
Reviewed by MKLCrimedesk
on
9:38 AM
Rating:

No comments: