www.mklcrimedesk.com

MKL Crimedesk | Dua Geng Curi Motosikal Berjaya Ditumpaskan







SHAH ALAM - Sudah tidak bersekolah, mengganggur pula.


Lebih teruk bila remaja ini sudah mahir dalam kegiatan curi motosikal dan menagih najis dadah. 


Kisah remaja ini antara 9 individu yang ditahan dari dua kumpulan Geng Cepek dan Geng Yusri Kem Rimba di tiga lokasi berasingan sekitar Batu Caves, Shah Alam dan Klang dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, kedua dua kumpulan berkenaan ligat melakukan kegiatan itu di sekitar kawasan tempat letak motosikal awam, pangsapuri danflat sekitar Shah Alam.

Apabila motosikal itu dicuri, mereka akan meleraikan komponen untuk dijual mahupun untuk kegunaan sendiri.

Semakan mendapati kesemua tangkapan memiliki rekod jenayah curi motosikal dan terlibat dengan dadah.

Kumpulan terbabit telah aktif sejak awal tahun 2019 dengan terlibat sekurang kurangnya 25 kes jenayah motosikal di daerah itu.

Siasatan kes dilakukan mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.

END
MKL Crimedesk | Dua Geng Curi Motosikal Berjaya Ditumpaskan MKL Crimedesk | Dua Geng Curi Motosikal Berjaya Ditumpaskan Reviewed by MKLCrimedesk on 8:14 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.