www.mklcrimedesk.com

MKL Crimedesk | Geng Pejal Koya Ditangkap Pecah Kedai Ketika PKP



KLANG - 21 ahli 'Geng Pejal Koya' yang aktif melakukan jenayah pecah rumah dan premis kedai ditangkap dalam serbuan berasingan di sekitar daerah ini serta Gombak, Selangor sejak 2 Jun hingga semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, suspek membabitkan 16 lelaki serta lima wanita berusia lingkungan 20 hingga 40-AN.

Polis percaya dalang geng tersebut ialah suspek lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 30-an.

Tangkapan itu dilakukan sepasukan anggota D4 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.

Semakan mendapati suspek terdiri daripada 14 warga asing membabitkan 10 Indonesia, tiga warga Bangladesh serta seorang Nepal.

Polis merampas pelbagai barang disyaki hasil jenayah geng terbabit dianggar bernilai RM40,000 antaranya 23 telefon bimbit, kad tambah nilai (28), televisyen (2), komputer riba (3), t-shirt (200), jam tangan jenama Kalbor (1,200) dan 1,005 helai seluar jeans.

Menurutnya, soal siasat pihaknya mendapati geng tersebut disyaki mula bergiat aktif ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana premis ditutup serta tidak beroperasi.

Suspek kemudian menjual hasil jenayah itu kepada individu tertentu.

Semua suspek direman serta disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan, Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen 1959/63.

ENDS
MKL Crimedesk | Geng Pejal Koya Ditangkap Pecah Kedai Ketika PKP MKL Crimedesk | Geng Pejal Koya Ditangkap Pecah Kedai Ketika PKP Reviewed by MKLCrimedesk on 11:06 PM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.