www.mklcrimedesk.com

MKL Crimedesk | Geng Spiky Miliki 24 Rekod Jenayah Tumpas








PETALING JAYA - Polis Petaling Jaya berjaya menumpaskan kegiatan pecah rumah dan curi kenderaan yang didalangi “Geng Spiky” 


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Assiten Komisioner Nik Ezanee Moh Faisal berkata bertindak atas aduan seorang lelaki yang kehilangan kenderaannya di Taman Sea pada 8 Jun lepas..


...sepasukan polis telah membuat serbuan dan tangkapan ke atas seorang lelaki warganegara tempatan di lot parkir sebuah apartment di kawasan Bukit Prima Pelangi, Kuala Lumpur.


Suspek dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar lembah klang.


Susulan tangkapan itu, polis merampas sebuah kereta jenis mercedes benz C200 yang digunakan oleh saspek dalam kegiatan jenayahnya.


Semakan rekod kenderaan yang dirampas mendapati ia dilaporkan hilang di Kepong, Kuala Lumpur.

Soal siasat ke atas suspek juga membawa kepada penemuan kereta yang hilang jenis Proton X70 milik pengadu di Bukit Prima Pelangi.


Pemeriksaan di rumah saspek menemui beberapa barang berharga dipercayai dicuri di sekitar Lembah Subang.


Dengan tertangkapnya saspek ini, polis dapat menyelesaikan kes pecah rumah dan curi kenderaan di Petaling Jaya dan daerah-daerah lain.

Semakan mendapati saspek mempunyai 24 rekod jenayah lampau yang melibatkan kes samun dan pecah rumah.


Polis kini sedang mengesan seorang lagi rakan sejenayah saspek dikenali sebagai Ong Cong En .


Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta salurkan ke balai polis terdekat.

ENDS
MKL Crimedesk | Geng Spiky Miliki 24 Rekod Jenayah Tumpas MKL Crimedesk | Geng Spiky Miliki 24 Rekod Jenayah Tumpas Reviewed by MKLCrimedesk on 6:34 PM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.