www.mklcrimedesk.com

MKL Crimedesk | Indeks Jenayah Sepanjang Tempoh Pkp & Pkpb Menurun 46 Pe...



KUALA LUMPUR - Indeks jenayah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Besyarat PKPB dari 18 Mac hingga 9 Jun turun lebih 46 peratus.

Penurunan itu mengambil kira tempoh selama 84 hari sebelum pelaksanaan PKP dan PKPB.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata sepanjang tempoh pelaksanaan itu juga polis menahan 26 ribu 366 pesalah atas pelbagai kesalahan.

Daripada jumlah itu lebih, 27 ribu telah dituduh di mahkamah di seluruh negara.

Jumlah mereka yang dikenakan kompaun pula seramai 10,875 orang kerana melanggar PKP dan PKPB yang dilaksanakan dari 18 Mac hingga semalam.

Bagi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan PKPP yang bermula hari ini, polis berharap orang ramai mematuhi SOP yang ditetapkan. 

Bagi mereka yang ingkar, tindakan undang undang masih boleh dikenakan.

Sementara itu polis akan meneruskan operasi besar-besarandi seluruh negara buru pendatang tanpa izin dan tekong menerusi Op Benteng sejak 4 Jun lepas.

PDRM juga akan  mengambil pendekatan tegas siasat kes seludup migran dibawah jenayah terancang.

ENDS
MKL Crimedesk | Indeks Jenayah Sepanjang Tempoh Pkp & Pkpb Menurun 46 Pe... MKL Crimedesk | Indeks Jenayah Sepanjang Tempoh Pkp & Pkpb Menurun 46 Pe... Reviewed by MKLCrimedesk on 7:06 AM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.