www.mklcrimedesk.com

MKL Crimedesk | Jurutera Tular Didakwa Memandu Mabuk Dan Pesara Polis Ce...






KUALA LUMPUR - Seorang jurutera yang tular di media sosial didakwa di Mahkamah MAJISTRET Ampang hari ini ATAS pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol serta gagal mengawal kereta sehingga menyebabkan kemalangan DAN kecederaan kepada seorang pesara polis, Jumaat minggu lalu.




S.Surintheran ,42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Farah Nasihah Annuar.




Tertuduh didakwa sebagai pemandu kereta telah memandu kenderaan tersebut di bawah pengaruh alkohol sebanyak 243 miligram (mg) /100 mililiter iaitu melebihi 163MG/100ML daripada had yang dibenarkan dalam 100 mililiter darah melebihi had yang ditetapkan iaitu 80mg dan telah gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan terhadap dua kenderaan dan menyebabkan kecederaan ke atas seorang pelanggan di Gerai Medan Selera Taman Melawati iaitu Rose Hassan ,63.




Dia dituduh melakukan kesalahan itu di persimpangan Jalan Bandar Melawati di Lorong Perak, Taman Melawati di sini pada 8.30 malam, 26 Jun lepas mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan boleh dihukum di bawah peruntukan sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang RM8,000 dan tidak melebihi RM20,000, jika sabit kesalahan.




Timbalan Pendakwa Raya, Nur Intan Syakieraah Zakaria tidak menawarkan jaminan dengan alasan kesalahan itu tidak boleh dijamin.




Peguam A.Venkateswari memohon jaminan dibenarkan kerana anak guamnya penanggung tunggal keluarga.




Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.




Majistret Farah Nasihah menetapkan 5 Ogos untuk sebutan kes.




Pada 27 Jun lepas, media melaporkan tular seorang lelaki yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk merempuh sebuah kedai makan dan menyebabkan seorang pelanggan cedera di Lorong Perak, Taman Melawati, dekat sini.




Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supt Mohd Azam Ismail, berkata dalam kejadian jam 8.30 malam itu, pemandu kereta Perodua Myvi itu turut merempuh dua lagi kenderaan yang berada di kawasan itu.

Katanya, mangsa yang cedera adalah pesara polis berusia 50-an yang mengalami kecederaan di muka.




END
MKL Crimedesk | Jurutera Tular Didakwa Memandu Mabuk Dan Pesara Polis Ce... MKL Crimedesk | Jurutera Tular Didakwa Memandu Mabuk Dan Pesara Polis Ce... Reviewed by MKLCrimedesk on 7:47 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.