www.mklcrimedesk.com

MKL Crimedesk | Kanak - Kanak Main di Gigi Sungai Dihanyutkan Kepala Air








RAWANG - Gara gara main ditepi longkang, seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan kepala air dekat anak Sungai Bakau, Rawang, Selangor.


Ketua Balai Bomba Daerah Gombak PgKB 11 Samsol Maarif Saibani berkata, JBPM menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian membabitkan mangsa berusia sepuluh tahun itu pada jam 3.49 petang tadi.


Ketika kejadian cuaca hujan lebat dan paras air sungai pula kira-kira satu meter.


Mangsa dikatakan tinggal di Apartment Rajawali yang terletak 100 meter dari kawasan sungai berkenaan.


Kerja mencari mangsa membabitkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat  Rawang dan pasukan penyelamat di air PPDA Shah Alam.


Hanya operasi pemantauan di tepi tebing anak sungai dilakukan pada waktu malam. 


Misi mencari mangsa bersambung pada jam 8 pagi esok.


END
MKL Crimedesk | Kanak - Kanak Main di Gigi Sungai Dihanyutkan Kepala Air MKL Crimedesk | Kanak - Kanak Main di Gigi Sungai Dihanyutkan Kepala Air Reviewed by MKLCrimedesk on 11:53 PM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.