www.mklcrimedesk.com

MKL Crimedesk | Kerangka LRT3 Dalam Pembinaan KlangJatuh







KLANG - Sebuah kerangka besi bagi projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) tumbang semasa kerja pembinaan dijalankan berhampiran Kompleks Pasar Meru, awal pagi tadi.




Kejadian kira-kira jam 5 pagi tadi itu tiada kemalangan jiwa dilaporkan.




Pengurus Operasi projek berkenaan, Subba Rao yang ditemui berkata pihaknya masih menyiasat punca kejadian.




Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.




Polis segera ke lokasi sebaik menerima laporan dan mengawal keadaan trafik di lokasi terbabit. Jalan di lokasi terbabit ditutup di kedua-dua arah dan lencongan turut dibuat.




Siasatan lanjut mengenai kejadian itu masih dijalankan.




Anggota polis mengawal keadaan trafik di lokasi kejadian.




END
MKL Crimedesk | Kerangka LRT3 Dalam Pembinaan KlangJatuh MKL Crimedesk | Kerangka LRT3 Dalam Pembinaan KlangJatuh Reviewed by MKLCrimedesk on 6:10 PM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.