www.mklcrimedesk.com

MKL Crimedesk | Ops Lejang Khas Kes Curi Motosikal

     

SHAH ALAM - Tiga lelaki yang aktif dalam jenayah curi motosikal di sekitar Shah Alam diberkas dalam dalam Op Lejang Khas yang bermula sejak Jumaat lalu.

Operasi yang dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam itu sekali gus berjaya menyelesaikan 10 kes kecurian motosikal.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) daripada IPD Shah Alam telah menahan kesemua suspek pada awal pagi Sabtu di kawasan rimba Seksyen 16.

Menurut Ramsay, Op Lejang Khas Bersepadu IPD Shah Alam bermula Jumaat hingga Isnin melibatkan 10 pegawai dan 123 anggota polis melibatkan semua balai dan pasukan khas IPD Shah Alam.

Kebanyakkan kes yang menyumbang kejadian jenayah di Shah Alam adalah melibatkan kecurian motosikal. Polis telah berjaya menahan dua buah motosikal yang disyaki hilang dalam daerah Shah Alam. Turut dijumpai beberapa rangka motosikal.

Setakat tahun 2020 ini untuk Mei sahaja sebanyak 156 kes dilaporkan untuk kecurian kenderaan.

END
MKL Crimedesk | Ops Lejang Khas Kes Curi Motosikal MKL Crimedesk | Ops Lejang Khas Kes Curi Motosikal Reviewed by MKLCrimedesk on 9:29 AM Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.